BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 16, 2012

SEPI

Hari ini 17/12/12 sepupu aku telah pulang ke rumah mereka di Puncak Alam, Selangor.
Suasana di rumah ini kembali sepi seperti sebuah rumah yang tiada berpenghuni. 
Tatkala malam seluruh ahli di rumah ini sudah mula tidur pada jam 10.00 malam. 

Hari ini aku pulang ke rumah aku di Bercham, Ipoh.
Aku pasti sebelum tiba di rumah pasti Encik Ahmad Zulkifli, ayahku singgah di TESCO EXTRA.
Membeli lauk, kudapan, minuman.
Aku masih tercari cari nikmat habis SPM. 
Tidak ku ketemu lagi.

Sesungguhnya hati ini ingin benar pergi ke EduFair semalam namun apakan daya, jauh. 
Lagipun belum tentu ayah aku izinkan. KL kan.
Emm, that's all.

PERSONA

When the sun rose, 
The day start,
The unsung song is playing my head,
The song that never expired.

The memories cannot fade out,
Even you rub it yourself, 
Because it stuck in my head.

The lust of exploring my heart is never getting less,
Dilemma, 
Worried,
Disappointed,
It  just the unsung song that keep playing in the head,
I am the persona and do write, 
Writing and describe how it feels inside.



COUSIN'S DAY


Semalam aku dan beberapa orang sepupu aku serta adik aku pergi enjoy. First, kitorang pergi Laser Tag. Best sangat!
Nak tahu sape menang tengok dekat gambar yang left-bottom tu. Nama aku yang Inferno tu. Then, kitorang pergi parade main boling. Habis main boling kitorang jalan kaki pergi Dataran Bandaraya Ipoh makan Char Kuey Teow. Kat sana memang sedap Char Kuey Teow nya. Lepastu pulak, kami semua pergi ke Shogun Karaoke Centre. Habis melalak, terus pergi hantar Chor dekat bas Yoyo Bercham. Such a wonderful awesome day. 

Credit to Kak Mira and Kak Su sebab tolong drive :D


MENYESAL

Nasi sudah menjadi bubur.
Apakan daya.
Sepuluh daktil ku susun atur dihadapanmu.
Tanda maaf dariku.

Tidak dapat mengekalkan perjalanan ini sehingga ke destinasi.
Sesungguhnya aku menyesal.

LAILA DAN MAJNUN

Aku buntu.
Ke mana hilangnya perasaan kasih.
Adakah aku yang salah?
Entah, aku pun tak mengerti.
Maafkan aku si Laila.

Daripada Si Majnun.

Saturday, December 15, 2012

PELIK

Pelik.
Tindik sana sini. 
Mana pergi ilmu agama.

Pelik.
Ibu bapa yang dimarahinya.
Mana pergi adab berbicara.

Pelik.
Semangat ke lain perginya. 
Mana otak rasional anugerah Tuhan.

Semua orang termasuk aku perlu fikir.
Budaya pelik melampau masa kini.

Wajah Baru

Kembali ke blog setelah lama ditinggalkan. 
Wajah baru tidak bererti templat sahaja yang berubah.
Minda kita sentiasa berubah.
Semakin hari semakin matang dek pengalaman.
Ya! Pengalaman itu mematangkan.

Dan inilah WAJAH BARU.

PERMULAAN BARU

Keluar dari dewan yang kebiruan itu.

Melangkah ke khemah mengambil perkakasan.
Di mana hala tuju diri ini hanya tuhan yang tahu. Minda bercampur baur. Hati berkotak katik.
Di mana terangnya cahaya kehidupan. 

Sebak hati semestinya.
Bermula hidup baru.
Meniti dewasa.